Sunday, April 2, 2017

Buat PhD? Kau Memang Gila !!! - Part 1


Mula2 sekali, aku harap korang tidak terkejut dan membuat tuduhan melulu selepas membaca tajuk blog aku. Jangan jadi typical Malaysian yang kurang membaca tapi ada natural chromosome sebagai keyboard warrior keh keh keh.

Sebenarnya aku dah lama membuat penangguhan (chewah ala2 pelajar universiti) untuk menceritakan pengalaman aku sebagai pelajar Doktor Falsafah (PhD). 


Alhamdulillah aku sudah berjaya menamatkan pengajian PhD aku selama 4 tahun genap. Sudah tentunya aku bukan calon Graduate on Time (GOT). Maybe kalau belajar di United Kingdom, kira cantiklah timeline pengajian aku.

Sebelum itu, kalau ada sesiapa yang merasakan confession aku ini layak untuk diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris atau bahasa2 lain, aku bagi lampu hijau awal2 kat korang. Tetapi tolong bagitahu aku ya. Kang salah terjemah, siap korang aku bom dengan Yersenia pestis.


Aku adalah graduan PhD di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Sepanjang penceritaan ini, korang mungkin dapat agak universiti mana. Sejujurnya aku tak rasa pun layak nak masuk IPTA, apetah lagi nak buat PhD. Aku tak pernah letak cita-cita tinggi untuk menyambung pengajian tinggi. Sampai sekarang aku masih mencari jawapan kenapa aku sambung PhD. Self-satisfaction? Revenge? Jobless? Ahh… tak mampu nak menjawab. Untuk pengetahuan korang, aku ni ada Dysleksia + Dyscalculia + ADHD. Naturally, sejak dari kecil aku memang bermusuh ketat dengan nombor dan ayat2 panjang berjela. Aku juga ada masalah dengan pemahaman Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Jadi maafkan aku kalau posting aku ini ada kecelaruan bahasa. 

Untuk posting kali ini, aku nak berkongsi bagaimana cara aku survived di dalam dunia PhD yang penuh dengan pancaroba; specifically, dari segi pandangan insan yang ada masalah “mental” seperti aku. Maybe confession aku ni agak berbeza dari apa yang korang pernah baca. Hopefully you’ll enjoy reading this.




1) Sebelum register sebagai pelajar

Di sini aku nak bagitau korang yang sedang merancang nak mendaftar masuk sebagai pelajar PhD. Kepada mereka2 yang buat PhD dengan Supervisor (SV) yang sama time korang buat Master, boleh skip part ni kut. Yang nak lantik SV baru, please investigate background bakal SV korang tu. Kalau korang dipanggil temuduga dengan mereka, this is the good time korang menilai at least 20% characteristic bakal SV korang. Time nie juga korang patut tanya project yang korang nak buat tu ada geran ke tidak, facility cukup ke tidak, kebajikan pelajar ada ke tidak dan sebagainya. Korang jangan jadi macam aku, salah tilik muka orang… hahaha silap besar wei.. silaaaaappp !!!!

Lepas korang kena temuduga, cuba cari student yang buat research bawah seliaan dia. Berbual-bual ke atau dapatkan e-mail / no. telefon diorang. Time aku… tak dapat buat ni, sebab aku student pertama bawah SV aku. Memang cowboy betul la. Gamble aje. Aku kekadang rimas jugak budak2 dok tanya aku pasal SV. keh keh keh



Bila dah puas menyiasat, barulah come-out with your proposal. Pastikan buat elok2 la ye. Proposal yang bagus memudahkan korang dapat biasiswa. Time ni bakal SV korang pulak yang siasat korang.. keh… keh..keh. Rezeki aku kat situ. Dapat full scholarship melalui proposal.




2) Selepas Register


Bila dah selamat register tu pastikan yang korang sediakan borang permohonan biasiswa. Masa time aku dulu, aku masuk memang parallel dengan durasi biasiswa. Jadi takdelah kena makan biskut marie dengan kopi kosong hari-hari. Alhamdulillah. Sekiranya self-financial, korang dah kena start menyimpan sikit. Kenapa? Nanti aku elaborate kemudian.

Time ni jugak adalah masa yang sesuai untuk korang ambil subjek “wajib” yang telah digariskan universiti korang. Contoh, research methodology. Please lunaskan subjek ini awal2 sem. Aku dulu siap ambik kelas Bahasa Jepun. Harooom sampai sekarang tak fasih2. Suruh study lagu Miraie ngan lagu Doraemon pun tak pass. Dahla study bawah fakulti “Jepun”.... banyak tradisi Jepun kena belajar. Aku kalau disuruh makan Onigiri dengan chopstick pandai la... hahahah.

Sekiranya korang diberikan kubikel khas (macam aku, dapat duduk Postgraduate room khas bersama-sama rakan2 lain), ambil la sedikit masa untuk menghias tempat korang. Korang nak duduk di situ lama tau. Pastikan ada ruang solat dan sedikit ruang untuk rehat (bawakla bantal dan selimut satu). You will need it... Trust me. Bilik aku dulu dah macam musim sejuk kat Hokkaido. Kalau panas, macam Okinawa.


Dalam masa ini jugak, korang dah boleh buat literature review… cukuplah buat untuk Proposal Defence nanti. Pastikan korang jenis rajin “kejar” SV korang tu. Tapi pleaselah, jangan datang dengan “tangan kosong”…. Mestilah ada progress a.k.a data untuk tunjuk kat dia. Ini style department aku. Aku ada co-SV Japanese. Dia memang suka kalau aku datang jumpa dia dengan progress report. He’s not someone yang suka omong kosong. Bawak data bukanlah maksud korang automatic menjadi pakar. Boleh jadi itulah masa yang sesuai untuk diskusi permasalahan data korang tu. Jangan jadi blur please.



Anyone yang nak share cara korang “kejar” SV korang tu dialu-alukan untuk komen ya. Kita sama-sama belajar. 


Okay part ini bagi aku penting. Bekas pelajar PhD semua tahu yang mereka akan jadi sangat sunyi bila tengah buat PhD. Benar, aku pun memang kena. Hanya Allah je yang tahu “penderitaan” aku. Aku nak nasihatkan korang untuk mencari “kawan seperjuangan” di dalam fakulti korang, at least dua tiga orang cukupla. Aku sebenarnya “senpai” dalam group aku. Hanya dua tiga orang je yang berusia 30-an. Lain2 semua usia 25, 26 tahun. Level psychology / maturity kami tak sama. Junior memerlukan korang untuk berkongsi masalah. Tapi yang geng-geng kertu nie nak mengadu kat siapa? Mengadu sesama sendiri la huhuhu. Geng PhD kertu aku ada yang Janda, Bini Orang, Bujang Lapok, dan Andalusia. Duda je takde dalam list.



I’m warning you. Jangan biarkan korang lalui “penderitaan” sendirian berhad ya. Cari kawan, cari kaunselor, atau cari SV (itupun kalau dapat SV jenis pandai pujuk dan bagi nasihat…. Yang jenis hardcore tu tak boleh buat apa lah... pasrah!!)


Aku harus berhenti di sini dulu. Untuk post seterusnya aku akan share konflik yang berlaku pada aku dan kawan2 aku ketika dalam pengajian, dan bagaimana kami menanganinya.

Tidur dulu !!!







No comments:

Post a Comment